Manchester United dan AC Milan Kegilaan Sepak Bola  Berunsurkan Kesyaitanan
Manchester United dan AC Milan. Siapa yang tidak kenal dengan pasukan 
bola sepak tersebut. Mereka memang hebat di gelanggang dan memiliki 
barisan pemain yang handal serta sumber kewngan yang kukuh. Mereka telah
 beberapa kali berjaya memenangi piala samada di kancah Negara mereka 
(England dan Italy), di pentah benua Eropah dan di pentas kejohanan 
kelab-kelab dunia. Kedua-dua kelab berkenaan mempunyai penyokong dari 
serata dunia hatta di Malaysia juga.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan 
memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh 
dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan 
minda (nind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak 
menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai 
kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazier 
merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang 
sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi 
di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di 
Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy,
 Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason).
Kedua club mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka
 yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. 
Kedua club memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di
 dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah 
melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori 
tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat 
tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita 
berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang
 berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada
 waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan
 kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang 
senja.
Kedua club ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di 
mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata 
Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not $USD 1.00, matawang
 Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini 
di bawah:
Pada logo Manchester United, terdapat satu ‘devil’ yang sedang memegang garpu yang memang diketahui lambang tersebut adalah lambang syaitan. Perkataan ‘Red Devil’ (syaitan merah) juga sesuai digunakan untuk menerangkan lambang berkenaan dan turut digunaan oleh Manchester United selain MUFC, Man Utd, Man U dan MU bagi melambangkan kelab berkenaan. Dua biji bola yang terdapat di logo berkenaan dikatakan oleh pengkaji konspirasi sebagai Ra atau Amon-Ra yang merupakan Tuhan Matahari bagi masyarakat Mesir Purba.
Pada logo Manchester United terdapat sebanyak lebih kurang sebanyak lima
 NOMOR 13, secara jelas atau tersirat jikalau diperhatikan secara 
teliti. Angka 13 merupakan angka yang melambangkan angka sial bagi 
masyarakat Eropah dan juga melambangkan nombor kesukaan syaitan bagi 
para penyembah syaitan. Jikalau anda dapat melukiskan seperti di bawah 
pada logo ini maka anda akan mendapati satu pentagram, bitang berbucu 5 
yang terbalik yang merukan bintang yang melambangkan Baphomet, syaitan 
berkepala kambing yang disembah oleh para Mason peringkat tinggi. Dan 
bucu yang melambangkan Baphomet (bucu bawah), ia menghala ke perkataan 
UNITED seolah-olah menyuruh para penyokong MUFC bersatu di atas nama 
Baphomet.
Perkataan MASON boleh didapati secara tersembunyi dan tersirat pada logo ini. Selain itu, selalunya Manchester United dibahasakan sebagai MAN U di mana Manu merupakan Dewa bagi masyarakat Hindu. Sekali lagi unsur agama paganisme selain Ra diterapkan dalam logo ini. Perkataan MAN U itu jikalau ditambahkan setiap angka yang mewakili huruf tersebut, kita akan dapati angka 13 pada hasil tambah akhir nombor berkenaan. Contoh:
M=13 A=1 N=14 U=21
1+3+1+1+4+2+1=13
Jika kita abaikan MA pada Manchester (yang mana MA bermaksud MASON) 
huruf N,C, H,E,S,T,E,R juga boleh mendapat angka kesukaan penyembah 
syaitan.
E dan R
E=5, R=18
18-5
=13
N,C,H,E,S,T
N=14 C=3 H=8 E=5 S=19 T=20
1+4+3+8+5+1+9+2+0=33 
No 33 adalah angka kesukaan penyembah syaitan. Selain itu juga ia 
merupakan darjat tertinggi dalam Freemason di mana ahli yang ada darjat 
33, meyembah syaitan dalam ritual mereka.
AC Milan pula tidak kurang hebatnya unsur Masonik, kesyaitanan dan 
kawalan minda pada logo mereka. Satu salib yang terdapat pada logo 
berkenaan jelas mengambarkan salib Knight Templar. Apa beza salib 
Kristian dan salib Knight Templar? Salib Kristian persilangan dua batang
 tersebut tidak berada di tengah-tengah batang yang panjang sebaliknya 
pada bahagian bawah persilangan lebih panjang dari bahagian atas. Salib 
Knight Templar pula kedua-dua persilangan berada pada tengah-tengah 
setiap batang. Cuba perhatikan di bawah salib para Knight Templar dan 
salib Kristian:
Salib Knight Templar
Salib Kristian
Knight Templar merupakan satu pasukan askar yang sangat kejam yang menyembelih seluruh umat Islam semasa mereka menawan Baitulmuqaddis. Mereka merupakan penyembah Baphomet dan syaitan yang mengamalkan ajaran Kabbalah, ajaran kesihiran dan kesyaitanan. Para Knight Templar juga adalah asas bagi pertubuhan Freemason moden.
Pada logo berkenaan jiga terdapat 1899 yang mungkin kita faham sebagai 
tahun penubuhan kelab berkenaan. Namun sebaliknya secara tersiratnya 
jikalau 1dan 8 ditambahkan akan membentuk 9 dan jika 9 berkenaan 
digabungkan dengan 99 yang ada dan diterbalikkan, hasilnya angka 666 
yang mana angka 666 adalah angka ‘Lambang Raksasa”, Mark of Beast atau 
angka kejahatan. Pada logo AC Milan juga jikalau salib berkenaan 
disifatkan sebagai X dan dicampurkan dengan belang-belang yang terdapat 
di sebelah X berkenaan akan membentuk XIII yang mana angka 13 juka 
terpakai pada logo ini. Tidak cukup lagi, huruf ACM pada logo berkenaan 
jikalau dimainkan nombornya:
A=1 C=3 M=13 akan membentuk 13,13 dimana angka 13 berulang sangat disukai para penyembah syaitan. 
Secara umumnya para penyokong kelab-kelab berkenaan jikalau kita 
perhatikan sejarah perlawanan mereka, mereka gemar bergaduh dengan para 
penyokong kelab lain. Mereka juga gemar merosakkan harta benda awam dan 
melakukan vandalisme. Para penyokong kelab-kelab ini juga samada di 
Eropa atau di Malaysia sangat taksub dengan kelab ini sehinggakan 
sanggup berbelanja lebih untuk membeli cenderahati, melanggan ASTRO dan 
melepak di kedai makan semata-mata menonton kelab kegilaan mereka. Lagi 
sedih, ada yang memakai tanduk ala ‘Devil’ semata-mata menunjukkan 
sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Mereka juga sanggup 
menghabiskan masa terluang semata-mata menonton pasukan kesayangan 
mereka sehinggakan terlepas solat Maghrib (ada perlawanan dijalankan 
pada waktu Maghrib di Malaysia) dan bersengkang mata sehinggakan 
terlepas solat Subuh akibat menonton perlawanan larut malam.
[ Sumber ]
